Jauh melencong kali ni, okay berbalik pada cerita asal, macam mana tiba-tiba aku boleh teragak nak join nak gunung ni? First of all, sebab aku nak cuba buang mindset negatif aku yang mengatakan " perempuan tak boleh naik gunung,diorang lembab" oh lupa nak mention, aku naik gunung ni bersama 3 orang kawan lelaki dan 3 orsng kawan perempuan. Dulu2 aku pernah letak satu mindset dalam otak aku ni cakap "kalau nak hiking gunung, jangan bawa perempuan, leceh, diorang slow" itu antara sebab2 kenapa dulu aku tak pernah ikut bila ada kumpulan2 wanita ajak hiking gunung." except for bukit sebab bukit rendah je". So bila dah 2018 ni "ceh bukan sebab tahun pun, cuma aku rasa dah sampai masa untuk aku betulkan mindset aku". Kalau diorang lembab, "support diorang", jangan tinggalkan diorang. Bagi confident level diorang meningkat. Bagi diorang rasa kepuasan panjat gunung. Berbekalkan mindset baru ni aku pun follow sekali naik gunung datuk ni.
Bagi yang minat dan baru nak cuba2 mendaki gunung ni, mari aku kongsi tips2 sikit. Takde lah nak kata aku dah expert sangat panjat gunung ni, tapi boleh la kalau nak share apa2 ilmu yang aku ada sepanjang pengalaman aku mendaki ni. Okay first of all, sebelum nak daki mana2 gunung, make sure ada sorang yang tau jalan so that dia boleh lead the way. Lepas tu ni ada beberapa peralatan yang korang boleh consider untuk bawa sekali dalam pendakian untuk memastikan perjalanan berjalan dengan lancar.
1.krim ubat nyamuk (bagi yang tak tahan kena gigit nyamuk)
2.minyak panas (in case kaki kejang ke tetibe kan)
3.makanan dan minuman ( ini sangat penting, sebab tanpa air dan makanan,memang lemau la korang nak panjat gunung nanti)
Okay setakat ni yang tu je yang crucial. Tapi kalau untuk yang XPDC 2-3 hari tu memang lain la preparation dia. Yang aku share ni hanya untuk trip harian. ( gunung yang kau boleh daki dan turun dalam hari yang sama) oh ya, untuk pakaian, kalau boleh pakai la seluar panjang, kalau tak nanti senang nyamuk nak gigit. Lepas tu untuk kasut, aku nasihatkan guna kasut getah, dia lagi grip dan tahan lasak. Kat mana nak cari? Kat uptown ada jual. Macsm2 fesyen lagi. Aku beli hari tu rm20. Kasut tu nampak bergaya juga la, boleh la bawa pergi kelas, naik gunung, main badminton. Memang aku lenjan betul2 kasut tu😂.
Oh ya, bercerita pasal gunung datuk tadi, alhamdulillah perjalanan semua lancar, waktu mendaki tu memang aku stay belakang je ( dah ubah mindset kan) pendakian kami haritu ambil masa dalam 2 jam. ( waktu aku naik dengan group2 housemates aku kami naik satu jam setengah), tapi tak kisah semua tu, sebab bila sampai kat puncak tengok muka masing nampak happy, aku dah puas dah. Aku cuma harap lepas ni kawan-kawan perempuan aku dah berani la nak cuba gunung lain pula. Aku akan sedaya upaya support diorang naik sampai puncak (dengan syarat diorang kena la exercise dulu sebelum nak mendaki 😅
).
Apa kebaikan mendaki ni ? Bagi aku la, selain dari hirup udara segar dalam hutan, aku suka scenery dalam hutan dengan masa kat puncak. Seronok. Kalau sesiapa yang nak belajar2 daki, aku nasihatkan "pergilah sementara masih larat ni". Dah alang2 aku cerita pasal gunung tu ni aku share sikit gambar2 kami masa kat sana.
Dekat puncak gunung datuk
The ladies
The guys
So sekian sahaja untuk post kali ni, ada cerita2 baru nanti aku share lagi. Terima kasih rajin baca blog aku 😁


