Tuesday, 24 October 2017

FIRST DAY !!

      Assalammualaikum dan hai. Isnin lepas, bersamaan dengan 23 haribulan 10/2017, aku start kelas. Tragedi betul weyh pagi tu. Since kitorang semua tak dapat lagi jadual kelas, aku dengan confident nya expect yang kelas aku start around 10 macam tu. So dalam 7.30 aku gerak dari bangi(rumah family) untuk ke shah alam. Along the way tu aku dapat whatsapp jadual kelas pukul 8. PERGHHH!!! aku punya feeling masa tu tak tentu arah dah, eventhough bawa motor, still tak lepas nak lepas dar jam pagi tu. At last aku decide lantak pi la, dah alang2 lambat tu kita bagi lambat betul.
        So aku balik kolej dulu kat seksyen 6, letak-letak barang apa semua baru pergi kelas kat seksyen 17. Sampai seksyen 17 aku pusing-pusing pula cari dewan Beringin. Waktu tu dah around 8.50 dah. Bila aku masuk kelas tu, semua orang dah settle down dah. Waktu tu sorang-sorang tengah introduce diri masing-masing. Aku pun dengan sopannya minta maaf sebab sampai lambat apa semua terus duduk kat depan. Dalam hati aku dah lega dah. Sampai lambat ni confirm dah settle dah introduction and dah pilih Class Rep apa semua.
     Suddenly, lepas madam minta aku introduce diri, dia sebut pasal class rep pula. Aku mati-mati ingatkan dah settle dah tu semua. Mula-mula madam tanya siapa nak volunteer and macam biasa la, siapa nak volunteer kan buat kerja mulia ni haha. Lepas tu madam dah pandang-pandang aku dah.. Aku macam dah boleh baca dah sign madam tu. Tapi aku try tepis dulu dengan bagi cadangan aku yang acah-acah bernas. Ak suggest class rep should be someone yang datang paling awal dalam kelas, tapi madam counter balik ni cara nak train aku supaya datang awal kelas lain kali. Aku tak mampu menolak dah. Terima lah dengan hati yang terbuka aduhai haha.
      Macam biasa la kan, kerja class rep awal-awal ni, kena create GROUP WHATSAPP. Aku kena combine kan both class weyh, Sepanjang sejarah aku 4 tahun degree pun tak pernah lagi aku save nombor orang banyak macam tu dalam masa sehari. tapi hari tu je nak dekat 60 nama aku save. And lagi satu kerja class rep ni,kena collect duit. Macam ah long pulak aku rasa aku ni haha. Anyway, life aku kat intec ni makin hari makin menyeronokkan. To be honest, aku memang ada perasaan takut nak hadap 4 paper ni, tapi prinsip hidup aku ni, kalau benda tu bagi benefit more than it's cost, just go for it. Nak buat, buat sampai habis and secepat mungkin. Aku akan make sure setahun setengah ni dah cukup untuk aku complete kan ACCA aku ni  dan dapatkan CA dalam 3 tahun. Doa-doakan aku aku guys.
      Tengok kawan-kawan yang dah start kerja ni terdetik juga rasa macam nak kerja cari duit apa semua, tapi takpe lah, untuk make sure career advancement aku in the future, aku perlukan knowledge since knowledge is power. So takpelah kalau sacrifice setahun setengah ni. (heharap dapat la collect duit kahwin nanti ) kalau boleh nak juga kahwin waktu umur 25 (walaupun bayang jodoh pun tak nampak aduhai haha )  Itu je untuk entry kali ni, nanti aku update lagi life aku ni... Terima kasih yang rajin baca cerita aku ni heee.

No comments :

Post a Comment