Thursday, 14 December 2017

HOLIDAYY!!??

    Assalamualaikum dan hai. Semoga semua sihat hendaknya. Hari ni, 11:53pm, 14/12/2017, teringat dah lama tak update blog😅. Memandangkan aku nak berubah dari pemalas kepada perajin, di samping merekod aktiviti-aktiviti hidup aku so that bila dah tua-tua nanti kot terkena amnesia boleh la refer blog ni bagi datang balik memori tu.. hee just kidding, semoga kita semua dijauhkan dari penyakit amnesia, alzheimer dan sebagainya. Regarding test 2 hari tu..hmm macam malas nak cerita, soalan dia memang tough sesangat. serious aku rasa wasted giler masa study kat kolej sebab kalau balik rumah pun aku boleh produce result yang teruk macam tu. But it's okay, lesson learned. Lepas ni aku study kat rumah je 😂. InsyaAllah kalau nak belajar tu, kat mana-mana pun boleh since as for the time being, apa-apa yang tak faham aku boleh direct tanya kawan-kawan je. Bijak-bijak weyh student yang ambil ACCA ni. aku tak maksudkan bijak in term of natural born genius, tapi lebih kepada hard working genius. The moment you push yourself to exceed your current limit, you're amazing. Aku ni selalu la juga observe orang kan, and basically student yang ambil ACCA ni sangat rajin study. Ada yang pilih untuk study pagi, petang, malam, tak tidur langsung untuk study pun ada.
   
      Tu antara faktor-faktor penolak yang mendorong aku untuk jadi rajin. Tapi memang terus terang, nak tengok aku study memang susah. Sebab timing aku unik. It's not that aku tak suka study sekali ramai-ramai dengan orang, it's just that masa efektif aku study tu berbeza dengan orang lain. Masa effective and efficient aku around 4-10 morning. Sebab tu aku jarang stay up sampai pukul 12 tu sebab tak effective dah otak aku masa tu. That's probably why aku memang selalu study sorang-sorang. Bukan kerek.tapi sebab zon masa diri aku pelik sikit haha. Tapi tu la,lain orang lain skill study dia kan, buat la apa-apa cara pun as long as bila exam nanti kau lulus dah settle masalah. But, to be honest, aku tak start serious lagi study ni. Mock 1 dah la bulan 1 ni😝. doakan ahmad hazim kembali ke bulatan kecemerlangan dengan selamat sebelum Mock exam 1.

     Okay, done part study. Rasanya motif aku ni nak cerita pasal benda lain, terpanjang pula cerita bab-bab lain. Oh ye, untuk study memang aku prefer tidur awal, tapi bila nak tulis blog ke apa, aku akan pilih waktu tengah malam since waktu tu aku punya idea mencurah macam ampang pecah. Pasang pula lagu rancak, lagi la melayan. Silap-silap boleh tulis blog sampai pagi (over) haha. Actually entry kali ni aku nak cerita pasal side income aku. As for someone yang tak dapat allowance untuk sara diri, aku kena la ikthiar cara lain nak survive study kat intec ni. Punya banyak idea aku fikir. At last,  I've came up with an idea to buy a new car and start grab and uber service to gain income to support myself.

    Giler-giler juga la aku propose idea ni cantik-cantik, buat calculation profit apa semya before present kat ayah. and after 2 kali bincang kot, ayah agree belikan kereta hehe. Kereta apa ? Axia. Basic specs. memang basic habis. radio pun takde haha, but it's okay. Aku tengok je kereta tu dalam kepala memang dah siap2 fikir nak tambah itu tambah ini, tapi lepas ada income la dari grab and uber ni hahaha. Nak tengok gambar kereta ? google je axia 2017 basics specs warna silver, confirm keluar haha. So after break 2 minggu ni, uber and grab aku akan mula bergerak kat shah alam. It's going to be a bit tough. But that's life. If life is easy then you ain't living huhu. Setahun setengah je strunggle, dapatkan ACCA and start kerja macam lembu. Kumpul assets.

    Rasanya itu je kot nak cerita. Macam banyak lagi benda nak cerita tapi aku kena simpan sikit. Karang next entry pendek sangat tak best pula korang nak baca kan. Nah aku belanja la sikit buku P2 yang aku kena hadam untuk sem ni. Takde lah tebal mana, Tapi macam .. hmmm tengok sendiri lah haha. Thanks for reading my blog

No comments :

Post a Comment